Jalan Dakwah penuh duri

Bismillahhirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan aku untuk terus menulis di sini . Syukur, Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas, lantas nikmat apa yang harus kita dustakan sahabat?


Sahabat, teman dan rakan seaqidah, dalam post kedua ini, aku ingin memulakan penulisan ini dengan satu rangkap ayat al quran yang pendek tapi cukup padat maknanya...


"...Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?.."surah muhammad : 24


Sungguh, jalan itu penuh duri. Jalan apa? Jalan kehidupan. Perjuangan dalam merentas era Islam di akhir zaman. Banyak duri bertaburan. Keperitan menikam.

Tika gagah berjalan di atas muka bumi ini dengan pakaian Islaminya, maka seluruh dan tiap mata itu memandang pada dirinya.

Jelek. Kolot.



"Zaman moden... pakaian dan identitinya juga harus moden.."

Tika semangatnya dia, bangun mengucapkan kalimah tauhid, mengherdiklah seluruh manusia itu. Pandangan sinis dilontarkan.

Alim. Hipokrit.

"Zaman teknologi...cakap soal agama benda lapuk. Tunjuk alim.."

Benarlah, dunia ini sudah jelek dan hina.

*****

Jalan itu penuh duri. Sakit dan perit melaluinya hanya Dia Maha Mengetahui. Kerana Dia mengetahui tiap hati itu. Mereka menolak sana sini, itu salah..ini salah. Kejahilan juga yang betul. Apakah kita tidak meneliti apa yang sudah termaktub di dalam al quran itu? Atau benarlah ayat al quran di atas... 'sesungguhnya hati kita telah terkunci...'


Sahabat, dalam kita menerus langkah di era moden ini. Banyak mata yang memandang. Bertudung labuh, berkopiah putih dipanggil alim, ustaz dan ustazah.

Adakah hanya dengan kita memakai pakaian sedemikian rupa, lantas kalimah ustaz dan ustazah harus dilontarkan?

Bukan pada pakaian harus kita nilai dan ukur. Bukan sahabat.




 Kenapa aku perlu pakai purdah. Kenapa perlu pakai jubah dan sebagainya. Bukan kerana untuk menunjukkan aku ustaz ustazah atau apa, tetapi untuk menunjukkan pada semua, inilah pakaian Islam. Ini yang Islam ajar. Menutup aurat bukanlah untuk mahu tunggu ikhlas dan bergelar ustaz , ustazah sahaja, tetapi menutup aurat adalah satu kewajipan.


Kecewa. T_T

Sungguh, jalan ini penuh duri. Dongak ke langit luas, seakan ingin menangis.

"Ya Allah.. apa sudah jadi pada hati manusia-manusia iniiii?"

*****

"...maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada..."surah al hajj : 46

Benarlah sahabat, hati kita yang buta. Buta dengan kehidupan dunia. Hingga hati melupakan kehidupan akhirat. Masih belum terlambat untuk berubah. Macam mana seronoknya kita mulakan kejahilan, macam itulah seronoknya kita kembali kepada perubahan.

Kita yang memulakan kejahilan itu, maka kita jugalah yang harus mematikannya. Masih belum terlambat. Semua mampu berubah. Bukannya orang yang hebat akan senantiasa hebat, dan bukan juga orang yang hina dan kotor senantiasa kotor.

Bila mana Allah kata 'Kun Fa Ya Kun..'

Maka, jadilah seperti mana yang Allah kehendaki. Jangan terlalu sombong dengan kelebihan yang Allah berika kerana suatu hari nanti mungkin Allah akan tarik kembalik nikmat yang Dia berikan.


Benar, untuk menuju ke arah nikmat iman itu, jalannya penuh duri!

Lemah bukan beerti kalah. Jangan tunjukkan kita mahu kalah. Buktikan kita pasti menang. Biarkan hinaan orang, biarkan kutukan orang. Kita mampu sahabat.

Kita selalu futur. Pelajaran yang tidak seberapa. Pakaian yang tidak seIslami orang lain. Perangai yang tidak berapa elok.

Mulai hari ini, jom bersama-sama kita berubah ke arah menggapai redha Allah.




Ingat kalau result tak elok, selamanya tak elok? Come la.. kita pun boleh. Cuma jangan malas.

Ingat kalau pakai seksi, selamanya nak seksi? Relax la... masa ada, tiada siapa nak halang untuk pakai menutup aurat. Ahlan...ahlan..

Ingat perangai tak elok, selamanya nak jadi macam tu ka...? Tidak sahabat.. rahmat Allah itu Maha Luas.


Serius, sangat luas.

Kita berubah yaaa... :)


Allah Maha Penyayang Lagi Maha Pengampun. Maka Ya Allah, 
Kami memohon, terimalah taubat hamba berdosa. Amin.


Mood : jalannya penuh duri, lagi ingin aku lalui!

Puteri Ummi Abi
~ Annur Amirah ~

0 berfikir: