Resepi Triple Coklat Ais-Krim =P



Assalamualaikum

Post kali ni nak cuba lain daripada post-post yang sebelum ini.
 Baru-baru ini aku ada terbuka video daripada Home Cooking Adventure tentang cara nak buat Triple Coklat Ais-Krim.
Dan semasa cuti sem 4 bulan yang lepas
aku ada try buat ^-^
Yummy!.
 Cukup hidangan untuk seisi keluarga.

Ni video nya 
Kalau nak try resepi yang lain, boleh lah buka di laman ini : 



 ehem /= malas nak tengok?

 ok takpe, aku simpulkan terus Resepi yummy ni ye. =D

ok anak-anak sekalian. 
kalau nak tahu, resepi ini adalah hidangan enak untuk 8-10 orang.
Jadi kalau mereka yang duduk berdua bertiga, 
takpe, jangan risau, sebab resepi ni boleh tahan lama. 
InsyaAllah XD

ok. 
Mula-mula sekali sediakan :



Bahannya 
1) 3 Biji telur 
 2) 2 biji telur kuning (extra)
 3) 1/2 cawan gula 
4) 2 cawan (500ml) whipping cream (35% lemak) 
*pss: jangan beli yang cair punya. Hari tu saya pakai yang cair, dan akhirnya tak jadi T_T 
5) 3.5 oz (100g) coklat putih
6)3.5 oz (100g) coklat dairy 
7) 3.5 oz (100g) dark coklat

TAMBAHAN

untuk decorating,
 boleh kalau mahu tambah serbuk coklat, berry dan sebagainya di atas ais-krim.
 Tapi dalam video ini, beliau menggunakan Chocolate curlsu. 
aku gunakan serbuk coklat Nona =p

Cara Penyediaan

1. Cairkan coklat putih, coklat dairy dan dark coklat secara double-boiling. Tau ape itu double-boiling?

macam ni : -

1. panaskan air dulu.
2. Letak bekas berisi coklat atas periuk yang dipenuhi air. 
3. Lepas tu, kacau sampai cair =D
Mudahkan? 

2. Sediakan satu bekas yang lain dan masukkan telur dan extra telur kuning serta gula. Pukul adunan tu menggunakan mixer sampai nampak dia macam foamy dan kembang

foamy macam ni. =D
3. Menggunakan bekas yang lain juga , pukul whipped cream sampai nampak foamy dan kembang juga.Secara perlahan, campurkan telur dan whipped cream.Kemudian, gaul sampai sebati.


4.  Bahagikan adunan telur dan whipped cream kepada 3 bekas dengan sama size amountnya. Campurkan dan gaul setiap jenis coklat tu pada bekas2 yang berbeza. 



5. Start dulu dengan coklat putih. Masukkan adunan coklat putih dalam satu bekas, ratakan.Lepas tu bekukan dalam freezer selama 20 minit- 40 minit. 



6. Then, keluarkan bekas tu daripada freezer. masukkan pula adunan Coklat dairy. Selepas bekukan dalam freezer macam step 5, akhir sekali, masukkan pula adunan Dark Chocolate.  



7. Bekukan 4-6 jam atau semalaman


8. Bila mahu hidang, invert bekas  tu pada pinggan. Then, bolehlah kita hias ikut yang kita nak =D Hooreey!




nanti akan jadi lebih kurang macam ni

bolehlah hias macam ni =p

wahh.. yummy!


Setakat ini sahaja post kali ini,
Terima kasih sudi membaca =)

Puteri Ummi Abi
~Annur Amirah~

0 berfikir: