You Choose Your Path

Salam alaykum, Hayyakumullah,


Rasa lama  sudah tidak menulis. Kali terakhir pun sejak tahun 2011 yang lepas..XD
Tapi baru-baru ni ada dapat taklifat daripada lecturer untuk menjalankan projek IT untuk membuat blog @ mengupdate blog @ menulis post and etc2..
So, here I am ! ^_^

Ehem. Janggal pula tetiba start menulis.
 

Selepas tinggal zaman persekolahan, rupa-rupanya baru nampak alam Universiti ini lagi mencabar. 
Alhamdulillah selepas mendapat keputusan SPM, aku terus memilih untuk melanjutkan pelajaran dibawah tajaan Mara ke Jordan. However, sebelum fly sana, aku buat Twinning Program dulu di Malaysia. 

Ok,apa yang mencabarnya? 
Bukan assignment, bukan sebab kelas.
Tetapi kerna aku telah menyaksikan berjutaan manusia dengan pelbagai ragamnya. 
Aku telah menyaksikan suatu condition yang mana tidak pernah aku saksikan sebelum ini.
Ya !
Mungkin kerana sebelum ni aku suka hidup terperuk,
Mungkin kerana sebelum ini aku berada di bawah tarbiyyah sekolah agama,
Jadi, bila berlaku perkara yang aku tidak pernah nampak, maka bagiku aneh!
Dan baru aku sedar, kita ni adalah DAIE
Dan tanggungjawab kita hidup ini bukan sekadar untuk maslahah diri kita,  
Malah, cuba untuk tarik orang disekeliling kita bersama dalam lingkungan bulatan gembira kita
         Adakalanya kita rasa diri kita dipaksa untuk melakukan itu dan ini, 
kita rasa kita terpaksa untuk menutup aurat, solat, jaga pergaulan dan sebagainya.
 Kemudiannya kita lakukan segenap amalan itu tanpa rela. 
Meskipun kita tidak mengkhabarkan tentang amalan itu kepada orang lain kita tetap tidak ikhlas, dan tanpa ikhlas amalan itu tidak bererti lagi.


        Cuba kita renung seketika, apakah yang menyebabkan kita rasa terpaksa? 
Ya, kerana kita tidak nampak di sebalik amalan yang kita lakukan,
 disebalik ketaatan yang kita dirikan,
 ada sesuatu akan memberi pulangan yang besar, 
pulangan yang di luar kotak fikiran kita, 
pulangan yang lebih hebat dari ganjaran yang kita kejar di dunia.

     




        Aku teringin mengajukan beberapa soalan kepada yang rasa dirinya terpaksa.
 Adakah Allah terpaksa mencipta kita? 
Adakah Allah terpaksa untuk member kita rezeki dan nikmatnya yang berlimpah ruah itu?
 Adakah Allah terpaksa memakbulkan setiap doa yang kita pohon mendayu-dayu kepadaNya? Sesungguhnya Allah memilih untuk menganugerahkan kita segala nikmat di dunia ini.
 Tapi kita?

      

         Maka pilihlah untuk ikhlas mentaati perintah Allah dan RasulNya. 
Kerana di situ letaknya ikhlas dan mutu ibadah kita.
 Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang
 mengecapi kelazatan beribadah kepada Allah.
 Wallahu a’lam……….


Puter Ummi Abi
~ Annur Amirah ^^ ~

0 berfikir: